Skolarly 2027 — Pas Pembangunan Profesional Tahunan Pendidik
PROGRAM PEMBELAJARAN SKOLAR 2027 | Pas Tahunan Pendidik

Satu Tahun Untuk Upgrade Diri. Satu Bayaran Sahaja.

Sertai puluhan sesi pembangunan profesional sepanjang 2027 — daripada pedagogi dan learning design hingga AI, EdTech, assessment dan inovasi. Tonton sesi live atau rakaman, dan dapatkan e-sijil bagi setiap sesi yang disertai.

RM499 RM399 | Akses Penuh 12 Bulan
Akses
12 Bulan Akses
Sepanjang tahun 2027
Kandungan
40+ Sesi
Webinar, coaching & amali
Fleksibiliti
Rakaman Tersedia
Tonton mengikut masa anda
Pengiktirafan
E-Sijil Setiap Sesi
Bagi sesi yang disertai
Struktur Lengkap Program

Satu Pendaftaran. Satu Tahun Penuh Untuk Belajar.

Skolarly memberi anda akses kepada program pembangunan profesional yang berjalan sepanjang 2027. Anda tidak perlu memilih satu kursus sahaja — terus ikuti sesi yang relevan dengan keperluan anda sepanjang tahun.

Teras 01

24 Webinar / Expert Sharing

Dua perkongsian pakar setiap bulan membincangkan reka bentuk pedagogi, integrasi alat moden, dan amalan pembelajaran bermakna.

Jadual: 2 Sesi Sebulan (Online)
Teras 02

12 Sesi Live Coaching

Sesi interaktif santai bersama jurulatih: demonstrasi langkah demi langkah, perbincangan isu bilik darjah dan sesi soal jawab langsung.

Jadual: Setiap Rabu Malam (8.30 PM - 9.30 PM)
Teras 03

Hands-On Activity

Bengkel amali berpandu untuk menghasilkan bahan PdP konkrit — daripada aplikasi tanpa koding hingga pembinaan modul interaktif.

Kekerapan: Sekurang-kurangnya 1x Sebulan
Teras 04

Rakaman Sesi Penuh

Waktu bertembung dengan komitmen peribadi? Semua sesi dirakam dan dimuat naik ke portal pembelajaran untuk tontonan semula.

Akses Portal Sepanjang Tempoh Keahlian
Teras 05

E-Sijil Setiap Sesi

E-sijil penyertaan disediakan bagi setiap sesi yang anda sertai untuk memudahkan rekod pembangunan profesional tahunan anda.

Bagi Sesi Yang Layak & Disertai
Teras 06

Komuniti Pendidik Skolar

Rangkaian sokongan guru dan pensyarah aktif dari seluruh negara. Ruang bertukar prompt, templat bahan, dan idea praktikal.

Sokongan Rakan Sejawat 365 Hari
Kurikulum Menyeluruh

Bukan Sekadar Belajar AI.
Belajar Mereka Bentuk Pembelajaran Bermakna.

AI hanyalah sebahagian daripada kotak alatan pendidik. Kurikulum Skolarly merangkumi 6 teras utama pembelajaran profesional:

Kategori 01
Pedagogy & Active Learning
Kategori 02
AI for Teaching & Productivity
Kategori 03
Learning Design & Assessment
Kategori 04
Canva, Visual & Content Creation
Kategori 05
EdTech, No-Code Apps & Gamification
Kategori 06
Innovation & Action Research

Contoh Sesi Yang Bakal Diterokai:

AI-GOGY

Designing Meaningful Learning with Gemini Notebook

Bina nota rujukan dinamik dan aktiviti inkuiri pantas menggunakan Google Gemini Notebook.

Trainer: Asyikin & Najlaa
Self-Learning

When SIM Starts Teaching: Designing Self-Learning with AI

Membina sistem pembelajaran kendiri murid berbantu ChatGPT Work mengikut aras silibus.

Trainer: Dr Lam & Dr Macna
No-Code App

SHEET TO SCREEN: From Google Sheets to Data-Driven Web Apps

Tukar spreadsheet rekod markah dan aktiviti menjadi Web App interaktif tanpa sebaris koding.

Trainer: Farah & Fadzlina
Pedagogi Aktif

Let Students Uncover the Syllabus with Active Learning

Strategi pengajaran yang membolehkan pelajar meneroka kandungan secara mendalam dan berdikari.

Trainer: Wahidah
Content Creation

From Human Thinking to eBook: Designing Meaningful Content with AI

Menyusun bahan pengajaran fizikal menjadi modul penerbitan digital interaktif.

Trainer: Dr Mumtaz
Gamifikasi

PROMPT TO PLAY: AI & Gamification in Education

Bina kuiz pengembaraan dan simulasi game interaktif untuk murid menerusi prompt pintar.

Trainer: Siti & Nuraidah
Visual & Canva

Make Them Think: Designing Active Learning with Canva

Reka bahan visual interaktif yang merangsang daya fikir analitikal murid di bilik darjah.

Trainer: Asyikin & Najlaa
EdTech Innovation

DON'T JUST CODE AN APP. CODE A LEARNING EXPERIENCE.

Fokus kepada hasil pembelajaran murid berbanding hanya membina aplikasi kosong.

Trainer: Panel Skolar
+ Lebih Banyak Sesi Baharu Sepanjang 2027

Topik ditambah mengikut perkembangan alat terkini dan keperluan komuniti dari semasa ke semasa.

Daftar Penuh Sekarang →
Pembangunan Profesional Teratur

Upgrade Diri Dulu.
Jam Latihan Ikut Sekali.

Setiap sesi yang layak disertakan e-sijil dengan jam latihan. Jadi sambil membina kemahiran sepanjang tahun, rekod pembangunan profesional anda turut terkumpul dengan lebih teratur.

40+ jam peluang latihan tersedia sepanjang 2027: Anda tidak perlu mengejar latihan di saat akhir. Sertai sesi santai pada waktu malam, tonton rakaman jika bertembung waktu, dan kumpul e-sijil secara berterusan.

Pelaksanaan Santai & Fleksibel:

01
Waktu Malam Hari Bekerja
Tidak mengganggu jadual mengajar harian anda di sekolah atau universiti.
02
Rakaman Tersedia di Portal
Semua sesi direkodkan supaya anda boleh menonton semula bila-bila masa.
03
E-Sijil Berjam Latihan
Dikeluarkan bagi sesi yang layak untuk urusan pelaporan institusi masing-masing.
Sasaran Peserta

Siapa Yang Sesuai Menyertai Skolarly?

Direka khas untuk para pendidik yang komited memajukan amalan bilik darjah:

01

Guru Sekolah

Guru sekolah rendah & menengah (kebangsaan atau swasta) yang mahu mengintegrasikan teknologi dan pedagogi aktif.

02

Pensyarah & Akademik

Pendidik di universiti, matrikulasi, politeknik, kolej komuniti dan IPG yang mahu mereka bentuk modul interaktif.

03

Trainer & Jurulatih

Fasilitator dan pengajar bebas yang mencari kaedah baharu menyampaikan latihan secara berimpak tinggi.

04

Learning Designer

Pengamal EdTech dan pereka bentuk kandungan instruksional yang mahu meneroka aplikasi no-code dan AI.

Barisan Pembimbing & Pakar Rujuk

Belajar Bersama Pengamal & Pakar Pendidikan

Bimbingan berstruktur daripada barisan pengasas, pakar rujuk terkemuka, dan barisan Skolar Community Leaders (SCL) aktif dari pelbagai institusi di seluruh Malaysia.

Kepimpinan & Skolar Community Leaders (SCL)
Barisan Pembimbing dan Skolar Community Leaders (SCL)

Gabungan kepimpinan berpengalaman, profesor, pensyarah kanan universiti awam, pendidik cemerlang TVET serta guru inovatif KPM seluruh negara.

Kepimpinan & Pakar Utama
01 • Leadership Imperial College London

Dr. Mohammad Tazli Azizan

CEO & Co-Founder, Skolar Malaysia

Dr. Mohammad Tazli Azizan ialah perunding pendidikan, pemegang PhD dari Imperial College London dan jurulatih HRDCorp yang berpengalaman dalam pedagogi, AI dan teknologi pendidikan. Melalui pendekatan AI-GOGY, beliau menjadikan AI lebih praktikal dan mudah diaplikasikan oleh pendidik. Bersama Skolarly, beliau membantu pendidik memanfaatkan AI untuk memperkaya pengajaran, menyokong penyelidikan dan meningkatkan produktiviti.

Fokus: AI-GOGY & Produktiviti
02 • Co-Founder Canva Verified Expert

Don Skolar

Co-Founder, Skolar Malaysia

Don Skolar ialah Canva Verified Expert (CVE), jurulatih HRDCorp dan pakar dalam Canva, pendidikan digital serta penciptaan kandungan. Sebagai rakyat Malaysia pertama yang menerima pengiktirafan CVE, beliau berpengalaman melatih pendidik menggunakan Canva untuk pengajaran, komunikasi visual, penjenamaan dan pembangunan produk digital.

Fokus: Visual Design & Digital Content
03 • Skolar Expert Principal Fellow UNITEN

Professor Dr. Abd Karim Alias

Skolar Expert

Professor Dr. Abd Karim Alias ialah Principal Fellow di UNITEN dan seorang pendidik yang aktif dalam inovasi pengajaran, teknologi pendidikan serta pembelajaran sepanjang hayat. Dikenali dengan pendekatan perkongsian ilmu yang terbuka dan praktikal, beliau terus membimbing pendidik melalui ceramah, webinar dan kandungan digital. Bersama Skolarly, beliau membawa pengalaman dan idea yang membantu pendidik melihat teknologi sebagai alat untuk mengajar dengan lebih bermakna.

Fokus: Inovasi Pengajaran & EdTech
04 • Skolar Expert Pensyarah Kanan UNIMAS

Dr. Chuah Kee Man

Skolar Expert

Dr. Chuah Kee Man ialah Pensyarah Kanan di UNIMAS dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam teknologi pendidikan, computational linguistics dan instructional design. Beliau aktif meneroka AI dalam pendidikan, pedagogi inovatif dan pembelajaran digital, serta telah menghasilkan lebih 100 penerbitan dan pelbagai inovasi EdTech.

Fokus: Instructional Design & AI
05 • Skolar Community Leaders (SCL Members)
USM

Assoc. Prof. Ir. Dr. Syamsul Rizal Abd Shukor

Skolar Community Leader • Pengarah CDAE USM

Profesor Madya Ir. Dr. Syamsul Rizal Abd Shukor ialah Pengarah Pusat Pembangunan Akademik dan Kecemerlangan (CDAE) di USM, dengan pengalaman luas dalam pembangunan kurikulum dan kecemerlangan pengajaran. Melalui komuniti Skolarly, beliau menyumbang kepakaran dalam memperkukuh amalan pengajaran serta pembangunan profesional pendidik.

UTHM

Dr. Lam Hong Yin

Skolar Community Leader • Pensyarah Kanan UTHM

Dr. Lam Hong Yin ialah Pensyarah Kanan di UTHM yang menggabungkan kepakaran teknikal, AI dan komunikasi visual dalam pengajaran. Sebagai Skolar Community Leader, beliau berkongsi pendekatan praktikal menggunakan Canva dan teknologi digital supaya kandungan yang kompleks lebih mudah difahami.

UiTM Pahang

En. Mohd Ikhsan Md Raus

Skolar Community Leader • Pensyarah Kanan UiTM

Mohd Ikhsan Md Raus ialah Pensyarah Kanan di UiTM Cawangan Pahang dengan hampir 16 tahun pengalaman dalam pendidikan tinggi, pengurusan kualiti dan latihan profesional. Beliau mempunyai kepakaran dalam Canva, reka bentuk visual dan pembentangan digital, serta aktif membantu pendidik membina kemahiran digital secara praktikal dan interaktif.

Kepimpinan Pendidikan

Dr. Mumtaz Begam binti Abdul Kadir

Skolar Community Leader • Penerbitan Digital

Dr. Mumtaz Begam berpengalaman dalam kepimpinan pendidikan, penulisan dan penerbitan digital. Melalui Skolarly, beliau berkongsi cara pendidik menggunakan Canva dan kemahiran penerbitan untuk menghasilkan bahan pembelajaran serta kandungan digital yang berkesan.

Politeknik METRO JB

Dr. Norazlina Ahmad

Skolar Community Leader • Apple Distinguished Educator

Dr. Norazlina Ahmad ialah pensyarah Politeknik METRO Johor Bahru yang berpengalaman dalam reka bentuk grafik, multimedia, teknologi pendidikan dan pedagogi digital. Sebagai Apple Distinguished Educator dan Canva Certified Trainer, beliau mengintegrasikan AI, visual communication dan creative storytelling untuk membantu pendidik menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan berpusatkan pelajar.

UiTM

Puan Nurul Asyikin Md Zaki

Skolar Community Leader • Pensyarah Kanan UiTM

Nurul Asyikin Md Zaki ialah Pensyarah Kanan di UiTM dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pengajaran, penyelidikan dan transformasi pendidikan. Kepakaran beliau merangkumi AI, gamifikasi, blended learning dan pembelajaran berpusatkan pelajar, termasuk pembangunan MOOCs dan micro-credentials untuk memperluas akses kepada pembelajaran digital.

UiTM Terengganu

Puan Najlaa' Nasuha Mohd Radin

Skolar Community Leader • Pensyarah Bahasa Inggeris

Najlaa' Nasuha Mohd Radin ialah pensyarah Bahasa Inggeris di UiTM Cawangan Terengganu yang aktif menggunakan teknologi pendidikan dalam kelas. Di Skolarly, beliau berkongsi penggunaan AI generatif dan alat pembelajaran interaktif untuk menyokong pengajaran yang inklusif serta berpusatkan pelajar.

TVET MARA

Puan Farah Suhana Mansor

Skolar Community Leader • Digital Pedagogy Strategist

Farah Suhana Mansor ialah Digital Pedagogy Strategist, Instructional Designer dan HRDC Accredited Trainer dengan lebih 12 tahun pengalaman dalam sektor TVET MARA. Kepakaran beliau merangkumi pedagogi digital, instructional design dan Generative AI, termasuk ChatGPT, Gemini, NotebookLM dan Canva AI untuk membangunkan pengalaman pembelajaran yang praktikal dan berimpak.

TVET MARA Kuantan

Puan Fadzlina Mokhtar

Skolar Community Leader • Pendidik Cemerlang MARA

Fadzlina Mokhtar ialah pensyarah TVETMARA Kuantan dan jurulatih yang aktif membimbing pendidik dalam pedagogi digital. Beliau adalah Penerima Anugerah Pendidik Cemerlang MARA 2026 atas sumbangan dalam bidang pendidikan. Di Skolarly, beliau berkongsi cara menggabungkan AI, Canva dan reka bentuk pengajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna.

UMS

Puan Siti Hasnah Tanalol

Skolar Community Leader • Pensyarah Kanan UMS

Siti Hasnah Tanalol ialah Pensyarah Kanan di UMS yang berpengalaman dalam computing, Augmented Reality (AR), real-time computer graphics dan User Experience (UX). Melalui Skolarly, beliau berkongsi cara pendidik menggunakan platform AI dan reka bentuk visual untuk menghasilkan bahan pengajaran yang lebih interaktif serta mudah difahami.

KPM Sabah

Puan Nuraidah Mustapah

Skolar Community Leader • Jurulatih MagicSchool AI

Nuraidah Mustapah ialah Guru Akademik Tingkatan 6 dan Jurulatih Utama Kesusasteraan Melayu Komunikatif Negeri Sabah. Kepakaran beliau merangkumi pedagogi digital, pembangunan modul dan integrasi teknologi dalam PdP. Sebagai Google Certified Educator dan Jurulatih MagicSchool AI, beliau aktif memperkasa guru dengan teknologi dan AI secara praktikal serta beretika.

KPM Malaysia

Puan Adilah Saridi

Skolar Community Leader • Google Certified Trainer

Adilah Saridi ialah guru Bahasa dan Sejarah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kepakaran dalam pendidikan Sejarah dan teknologi pendidikan. Berkelulusan Sarjana Pendidikan Sejarah dari UKM, beliau merupakan Google Certified Trainer dan AI Certified Trainer yang aktif membantu pendidik mengintegrasikan teknologi serta AI dalam pengajaran.

UMPSA

Ts. Nurul Wahidah Arshad

Skolar Community Leader • Pensyarah UMPSA

Ts. Nurul Wahidah Arshad ialah pensyarah di UMPSA yang mengkhusus dalam Artificial Intelligence, Computer Vision, Speech Processing dan pendidikan kejuruteraan. Aktif dalam penyelidikan serta inovasi teknologi, beliau turut memanfaatkan Canva untuk komunikasi visual dan bahan pembelajaran, serta berkongsi pendekatan teknologi yang praktikal bersama komuniti pendidik.

Creative & Visual

Puan Sue Madu

Skolar Community Leader • Graphic Designer & Trainer

Sue Madu ialah Graphic Designer dan Creative Trainer dengan lebih 13 tahun pengalaman dalam reka bentuk grafik, komunikasi visual dan kandungan kreatif. Beliau aktif berkongsi kepakaran dalam Canva, Affinity dan AI yang membantu pendidik serta profesional menghasilkan kandungan yang lebih kreatif, pantas dan efektif.

UUM

Dr. Hafizah Mohamad Hsbollah

Skolar Community Leader • Pensyarah UUM

Dr. Hafizah Mohamad Hsbollah ialah pensyarah UUM yang mengkhusus dalam perakaunan, sistem maklumat perakaunan dan penerimaan teknologi. Beliau aktif dalam pembelajaran digital interaktif serta pentaksiran alternatif, di samping memperkasa pendidik melalui Canva dan perkongsian amalan inovasi dalam pendidikan.

UUM

Dr. Siti Nazuar Sailin

Skolar Community Leader • AI for Good Instructor

Dr. Siti Nazuar Sailin ialah Pensyarah Teknologi Pendidikan di UUM dan pakar dalam reka bentuk pembelajaran digital, AI dalam pendidikan serta pembangunan profesional guru. Sebagai Certified Canva Trainer dan AI for Good Certified Instructor, beliau aktif membimbing pendidik membina pengalaman pembelajaran digital yang kreatif, bermakna dan berimpak.

IPG Kampus Sultan Mizan

Dr. Siti Sharah Rajab

Skolar Community Leader • Pensyarah IPG

Siti Sharah Rajab ialah pensyarah di IPG Kampus Sultan Mizan yang mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai guru serta kepakaran dalam pembangunan kurikulum dan pembelajaran digital. Beliau juga turut aktif membantu pendidik menggunakan Canva dan AI untuk menghasilkan kandungan serta bahan pengajaran yang kreatif.

UTP Alumni / Pembelajaran Aktif

Dr. Nurhayati Mellon

Skolar Community Leader • AI for Good Trainer

Dr. Nurhayati Mellon pernah menerajui Pusat Kecemerlangan Akademik UTP, termasuk pembangunan kurikulum, pembelajaran teradun dan latihan profesional pensyarah. Sebagai jurulatih pembelajaran aktif dan Certified AI for Good Trainer, beliau membawa ke Skolarly pendekatan yang menggabungkan pedagogi, pengalaman pelajar dan penggunaan AI secara lebih menarik serta berkesan.

Ekosistem Pendidik Skolar

Belajar Bersama Komuniti Pendidik Yang Memang Sedang Mencuba, Membina dan Berkongsi.

Suasana bengkel fizikal, seminar, dan sesi kolaborasi yang telah dijalankan bersama ribuan guru dan pensyarah di seluruh Malaysia.

"Sesi coaching dan perkongsian Skolar sangat membantu. Saya dapat bina bahan digital tanpa perlu pening kepala pasal teknikal yang rumit."

— Cikgu Rahmat, Guru SMK Selangor

"Satu pelaburan berbaloi untuk setahun penuh. Paling penting ada rakaman bila jadual mengajar siang terlalu padat."

— Dr. Noraini, Pensyarah Universiti Awam
Pakej Penuh Keahlian

Akses Skolarly 2027

Satu bayaran untuk akses program pembelajaran sepanjang 12 bulan.

PAS TAHUNAN PENDIDIK
RM499 Jimat RM100
RM 399 / tahun

Akses menyeluruh sepanjang kalendar 2027

  • ✓ Puluhan sesi sepanjang 2027
  • ✓ Sesi live + rakaman disediakan
  • ✓ E-sijil bagi setiap sesi yang disertai
  • ✓ Akses komuniti pendidik Skolar
  • ✓ Akses portal sepanjang tempoh keahlian
DAFTAR SKOLARLY 2027 →
Logo FPX Pembayaran Dalam Talian
Transaksi selamat melalui FPX / Perbankan Dalam Talian
Nota Program Fizikal / Luar: Program fizikal seperti One Day with Skolar (termasuk forum mega, klinik khas, dan bengkel fizikal berasingan) adalah program bertiket khusus dan tidak termasuk dalam langganan tahunan Skolarly ini.
Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Yang Mungkin Anda Ada

Jawapan ringkas dan tepat tentang pelaksanaan program Skolarly 2027.

Bagaimanakah pengeluaran e-sijil dan rekod jam latihan dilakukan? +

Setiap sesi yang layak disertakan dengan e-sijil penyertaan rasmi yang menyatakan tempoh jam latihan. Jumlah jam yang direkodkan bergantung kepada sesi yang anda sertai dan dasar pelaporan institusi masing-masing. Terdapat 40+ jam peluang latihan tersedia sepanjang tahun 2027.

Bagaimanakah jika saya tidak sempat hadir ke sesi live? +

Semua sesi dirakam dan dimuat naik ke dalam portal pembelajaran khas. Anda boleh menonton semula rakaman mengikut kelapangan jadual anda sepanjang tempoh keahlian 2027.

Bilakah jadual sesi biasanya dijalankan? +

Sesi online dijalankan pada waktu malam hari bekerja (contohnya Rabu malam sekitar jam 8.30 malam – 10.30 malam) agar ia tidak bertembung dengan waktu bertugas rasmi anda pada siang hari.

Adakah program fizikal 'One Day with Skolar' termasuk dalam yuran ini? +

Tidak. Program fizikal One Day with Skolar seperti workshop intensif, forum perdana, dan klinik berasingan adalah program khas bertiket lain. Yuran RM399 adalah untuk pas akses digital Skolarly sepanjang 12 bulan.

Bolehkah pihak sekolah atau institusi membuat pendaftaran pukal (bulk)? +

Boleh. Anda boleh berhubung terus dengan pihak Skolar Malaysia bagi urusan pesanan kerajaan (LO), invois rasmi, atau pembelian berkelompok untuk para guru di bawah institusi anda.

Pendaftaran Rasmi 2027

Jadikan 2027 Tahun Anda Terus Belajar, Bukan Sekadar Mengikuti Perubahan.

Sertai Skolarly dan bina rutin pembangunan profesional anda sepanjang tahun — satu sesi pada satu masa, dengan akses kepada rakaman dan komuniti yang belajar bersama.

DAFTAR SEKARANG →

RM499 RM399 • Akses 12 Bulan • Akses Segera

S

SKOLARLY 2027

Pas Pembangunan Profesional 12 Bulan Untuk Pendidik

Hak Cipta Terpelihara © 2027 Skolar Malaysia. Pembangunan profesional berterusan.
Akses 12 Bulan RM499 PROMO
RM399 /thn
Daftar Sekarang →